ARTIKEL

Ustaz Abdul Somad menyampaikan ceramah bertajuk 'Piagam Madinah, Asas Perpaduan Ummah' sempena Kembara Cinta Rasul.

Ustaz Abdul Somad tarik 16,000 umat Islam ke Masjid Jamek

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 16,000 umat Islam pelbagai lapisan masyarakat hadir meraikan Kembara Cinta Rasul Petra Jaya bersama-sama pendakwah terkenal dari Nusantara, Ustaz Abdul Somad di Masjid Jamek menerusi program Maulid Akbar.

Muslimin dan muslimah yang hadir sekitar jam 6 petang bergegas ke masjid untuk mengambil peluang berjemaah menunaikan solat maghrib dan isyak bersama-sama, di sini, pada Ahad.

Malah, ada yang sudah bersedia di pekarangan masjid sejak jam 4 petang untuk mendapatkan tempat letak kenderaan, sekali gus menunaikan solar asar.

Ketibaan Ustaz Abdul Somad disambut oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Penasihat Program Kembara Cinta Rasul Datuk Seri Fadillah Yusof sekitar jam 8.30 malam.

Sambutan kehadiran penceramah terkenal ini turut diiringi dengan laungan selawat dan zikir oleh para jemaah bagi memuliakan lagi acara keagamaan tersebut.

Keadaan para hadirin yang penuh semangat untuk mendengar ceramah bertajuk ‘Piagam Madinah, Asas Perpaduan Ummah’ daripada Ustaz Abdul Somad dapat dilihat apabila ruangan di dalam masjid tersebut dipenuhi jemaah.

Sebuah khemah turut diletakkan di hadapan masjid berkenaan bagi menyediakan tempat untuk para muslimin dan muslimah menyertai majlis keilmuan ini.

Sementara, program yang berlangsung selama tiga hari bermula 30 September hingga 2 Oktober itu akan menampilkan pelbagai pengisian menarik kepada masyarakat di sekitar kawasan Kuching.

JEMAAH… ruangan dalam masjid dipenuhi muslimin dan muslimah yang hadir ke majlis ceramah Ustaz Abdul Somad sempena Kembara Cinta Rasul.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi