ARTIKEL

Dr Sim dibantu pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Jamri Masran melakukan simbolik penutupan Program Komuniti Prihatin, Kediaman Selamat Bersama Bomba Sarawak Tahun 2026 Peringkat Zon Bintulu.

Utamakan keselamatan semasa sambut perayaan – Dr Sim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Keselamatan kebakaran di rumah mesti diambil serius kerana kecuaian kecil boleh mengakibatkan kehilangan harta dan nyawa.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr Sim Kui Hian berkata, pendekatan pencegahan awal melalui pendidikan dan kesedaran komuniti seperti pelaksanaan Program Komuniti Prihatin, Kediaman Selamat Bersama Bomba Sarawak Tahun 2026 sangat tepat dan wajar diteruskan.

Menurutnya, risiko kebakaran meningkat semasa perayaan akibat aktiviti memasak, penggunaan elektrik berlebihan dan hiasan mudah terbakar.

“Justeru, pelaksanaan program ini adalah langkah awal yang signifikan melalui pemeriksaan keselamatan, pemantauan berterusan, advokasi serta penyebaran maklumat keselamatan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Program Komuniti Prihatin, Kediaman Selamat Bersama Bomba Sarawak Tahun 2026 Peringkat Zon Bintulu di sini pada Selasa.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak turut menggesa seluruh masyarakat, khususnya penduduk Bintulu  supaya sentiasa mematuhi nasihat dan garis panduan keselamatan kebakaran yang telah ditetapkan.

“Dengan kesedaran, kepekaan dan sikap bertanggungjawab, risiko kebakaran dapat dikurangkan dan sambutan Tahun Baharu Cina dapat diraikan dalam suasana yang selamat serta harmoni,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JBPM Sarawak yang proaktif turun ke lapangan dan mendekati komuniti, bukan sekadar menunggu kecemasan berlaku.

“Program seperti ini membuktikan JBPM bukan hanya pasukan penyelamat, tetapi rakan strategik komuniti dalam memastikan setiap kediaman selamat, bersedia dan berdaya tahan menghadapi risiko kebakaran,” ujarnya.

Mengulas isu bencana alam, beliau berkata tumpuan terhadap keselamatan kebakaran tidak seharusnya melalaikan masyarakat daripada ancaman bencana lain, khususnya semasa Monsun Timur Laut yang sering membawa hujan lebat dan risiko banjir.

Mengimbas kembali kejadian banjir besar yang melanda Bintulu pada penghujung Januari 2025, beliau menyifatkan ia sebagai antara paling teruk dalam tempoh hampir 70 tahun, memberi kesan besar kepada kehidupan penduduk, harta benda dan infrastruktur tempatan.

“Peristiwa ini harus dijadikan pengajaran bahawa kesiapsiagaan awal, perancangan rapi dan tahap kesedaran yang tinggi amat penting dalam mengurangkan risiko serta impak bencana,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyatakan sokongan penuh terhadap usaha JBPM dan agensi berkaitan dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut termasuk aspek perancangan, persediaan, latihan anggota, penyelarasan antara agensi serta penglibatan aktif komuniti setempat.

Pada program tersebut, Dr Sim turut meyampaikan cek cura berjumlah RM2,500 kepada Pasukan Bomba Sukarela Sebauh serta  sijil pendaftaran Bomba Komuniti dan alat pemadam api kepada wakil lima buah rumah panjang sekitar Bintulu.

Turut disampaikan sumbangan alat pemadam api kepada Sekolah Kebangsaan(SK) Sungai Sengian, Labang.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan