ARTIKEL

Utamakan pendidikan, ubah masa depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Para Ibu bapa disarankan memberi penekanan dan keutamaan terhadap aspek pendidikan anak-anak untuk mengubah nasib serta meningkatkan taraf hidup keluarga.

Adun Satok Datuk Ibrahim Baki berkata, kesedaran mengenai pentingnya pendidikan perlu disemai sejak awal usia anak-anak supaya mereka mempunyai masa depan yang lebih cerah.

“Pendidikan amat penting kerana ilmu pengetahuan tidak dapat dibeli. Malah hanya dengan pendidikan, ia dapat mengubah nasib kita.

“Seperti saya dahulu juga hidup susah, namun dengan pendidikan serta tekad yang tinggi untuk belajar bersungguh-sungguh, ia mampu mengubah hidup saya sehingga berjaya seperti sekarang.

“Justeru pendidikan boleh mengubah hidup kita untuk berjaya dan kaya, tetapi tanpa pendidikan kita yang kaya pun boleh menjadi miskin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Penyerahan Beg Sekolah: Kembali ke Sekolah di Kampung Segedup, Batu Kawa, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ketua Whip Dun Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu menegaskan pihaknya sentiasa mengutamakan kesejahteraan masyarakat di kawasan DUN Satok khususnya berkaitan pendidikan.

“Kita akan sentiasa mengadakan program untuk membantu rakyat di sini khususnya berkaitan pendidikan antaranya bantuan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), kursus membaca dan mengira serta banyak lagi,” tambahnya.

Program anjuran Kelab Sukan Komuniti Satok itu menyaksikan sebanyak 100 beg sekolah beserta peralatan tulis diagihkan kepada murid-murid sekolah rendah.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

RUAI

SUKAN