ARTIKEL

JUARA… Pemain pasukan V-Foss FC selaku juara merakam gambar sebagai kenangan.

V-Foss FC rangkul juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Skuad sensasi V-Foss FC berada di kelas tersendiri muncul juara Kejohanan Futsal Terbuka Veteran 2023.

Mengenepikan lawan mereka UiTM dengan kemenangan tipis (3-2) menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua terikat 1-1 masa sebenar permainan pada aksi final yang berlangsung di Stadium Tertutup Kota Samarahan sebentar tadi.

Kejayaan itu membolehkan barisan kendalian Abdul Muhtalip Tagak membawa pulang wang tunai RM1,000 serta piala dan pingat.

Sementara itu, wang tunai RM500 berserta piala dan pingat diterima pasukan UiTM selaku naib juara.

Dalam pada itu, pasukan ZZ United dan V-Foss FC II yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM200, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Lapan pasukan bersaing dalam kejohanan anjuran Kelab Kebajikan Kakitangan Jabatan Veterinar Sarawak itu. Kejohanan tersebut berlangsung dua hari (9 & 10 Disember).

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU