ARTIKEL

Van terbakar 20 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Tindakan pantas orang ramai berjaya memadam kebakaran melibatkan sebuah van di Pasar Lachau, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

“Pasukan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 2.24 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan mendapati sebuah Van Toyota Vennette telah terbakar dan mengalami kemusnahan lebih kurang 20 peratus iaitu pada bahagian hadapan.

“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan tiga unit pemadam api,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pasukan bomba hanya membuat pemantauan untuk memastikan api telah padam sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada jam 3.21 petang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama