ARTIKEL

Vertigo gejala bagikan berpusing dalam lingkaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Vertigo ialah keadaan seseorang terasa seperti berpusing dalam lingkar-an, meskipun tubuhnya sedang dalam keadaan pegun atau diam. 

Dalam kalangan masyarakat Indonesia gejala vertigo disebut sebagai pusing keliling.

Vertigo berlaku disebabkan terdapat gangguan pada sistem keseimbangan di dalam telinga yang boleh disertai gejala seperti mual, muntah dan sakit kepala.

Siapa berisiko

Sesiapa pun dapat mengalami vertigo, tetapi beberapa faktor dapat meningkatkan risiko terjadinya keadaan ini, antara lain:

i. Usia: Vertigo lebih umum terjadi pada orang yang lebih tua.

ii. Keturunan: Jika anggota keluarga anda memiliki vertigo, maka anda turut berisiko mengalaminya.

iii. Cedera kepala: Cedera kepala atau leher dapat menyebabkan kerosakan pada telinga di dalam dan saraf yang mengawal keseimbangan sehingga meningkatkan risiko terjadinya vertigo.

iv. Penyakit tertentu: Beberapa penyakit seperti meniere, migrain vestibuler, parkinson dan multiple sclerosis dapat meningkatkan risiko vertigo.

v. Ubat-ubatan: Beberapa ubat seperti antibiotik aminoglikosida dan ubat antiinflamasi nonsteroid, dapat merosakkan telinga dalam dan meningkatkan risiko vertigo.

vi. Stres dan cemas: Stres dan cemas dapat memicu terjadinya vertigo pada individu tertentu.

Cara atasi vertigo

i. Olahraga: Lakukan olahraga yang dapat meningkatkan keseimbangan seperti yoga atau latihan keseimbangan bagi mengurangkan gejala vertigo.

ii. Terapi fizik: Tujuannya membantu memperbaiki keseimbangan dan koordinasi tubuh serta membantu memperoleh kawalan atas pergerakan anda.

iii. Teknik pernafasan: Pernafasan secara dalam-dalam atau meditasi dapat membantu menenangkan sistem saraf serta mengurangi gejala vertigo.

iv. Perubahan gaya hidup: Menerapkan gaya hidup sihat seperti mengurangi pengambilan kafein atau alkohol, meminimumkan stres serta menjaga jadual tidur yang teratur juga dapat membantu mengurangi gejala vertigo.

Pengambilan Ubat

Terdapat beberapa jenis ubat yang dapat digunakan untuk mengubati vertigo, antaranya:

i. Antihistamin: Membantu mengurangi vertigo yang berpunca daripada alergi atau reaksi alergi.

ii. Benzodiazepin: Merehatkan otot dan menenangkan sistem saraf.

iii. Ubat antimual: Membantu meredakan gejala mual dan muntah yang sering terjadi bersamaan dengan vertigo.

iv. Ubat kortikosteroid: Mengurangi inflamasi pada telinga bahagian dalam dan membantu mengurangi vertigo yang disebabkan oleh gangguan pada sistem vestibular.

v. Diuretik: Mengurangi penompokan cairan di dalam telinga bahagian dalam yang sering terjadi pada penyakit meniere.

Namun, penggunaan ubat-ubatan harus diawasi oleh doktor dan sesuai dengan dosis yang dicadangkan. 

Vertigo yang disebabkan oleh eniere atau kristal pada telinga bahagian dalam, dapat diubati. 

Manakala, jenis vertigo yang disebabkan oleh masalah pada sistem saraf pusat, mungkin memerlukan rawatan jangka panjang.

Vertigo tidak berbahaya, namun, gejala vertigo dapat mengganggu dan mempengaruhi keseimbangan, koordinasi serta kemampuan seseorang melakukan aktiviti seharian. 

Vertigo yang berulang atau kronis juga dapat mempengaruhi kualiti tidur dan dapat menyebabkan kelelahan dan ketidakmampuan untuk beraktiviti secara optimum.

Penting berkonsultasi dengan doktor jika anda mengalami gejala vertigo yang berlanjutan atau parah, terutama jika disertai dengan gejala lain seperti kehilangan pendengaran atau penglihatan atau kesukaran bercakap.

BERITA LAIN

Satu panggilan, simpanan lesap

BAYANGKAN satu panggilan telefon yang kedengaran begitu meyakinkan apabila suara di hujung talian memperkenalkan diri sebagai pegawai bank, polis atau agensi kerajaan. Nada percakapannya tegas,

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Chery mohon maaf isu Omoda

Pengerusi dan Presiden Chery, Yin Tongyue, memohon maaf ber-hubung dengan kebimbangan terhadap kualiti kenderaan ke-luarannya di Malaysia susulan insiden sebuah Chery Omoda 5 yang mengalami

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang