ARTIKEL

Enam kru bersama bot nelayan tempatan kelas C ditahan melanggar syarat lesen sah yang ditetapkan di bawah Akta Perikanan 1985.

Vesel nelayan tempatan kelas C ditahan, langgar syarat lesen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sebuah vesel nelayan tempatan kelas C ditahan Maritim Malaysia selepas dikesan menangkap ikan dalam zon larangan kurang 12 batu nautika dari pantai, awal pagi tadi.

Tangkapan dibuat sekitar 10.2 batu nautika dari Pantai Penipah oleh anggota Zon Maritim Bintulu ketika rondaan Op TIRIS 3.0 dan Op PERMAI 01/2019.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, tindakan bot nelayan tempatan kelas C itu beroperasi di zon tidak dibenarkan jelas melanggar syarat lesen sah yang ditetapkan di bawah Akta Perikanan 1985.

Beliau berkata enam kru termasuk nakhoda, semuanya warga tempatan berusia 28 hingga 54 tahun, kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 8(b) akta sama.

“Jika sabit kesalahan, mereka berdepan denda maksimum RM20,000 atau penjara hingga dua tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Vesel terbabit telah diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Zon Maritim Bintulu dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Tegas beliau lagi, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran syarat lesen, demi memastikan sumber perikanan negara dilindungi daripada eksploitasi haram.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU