ARTIKEL

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi | Bernama

Viaduct Bukit Song dijangka siap lebih awal – Nanta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Pembinaan viaduct atau jejambat Bukit Song sepanjang 300 meter di bawah Pakej WPC 11, Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak dijangka siap lebih awal berbanding jadual, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Pada semalam, beliau telah melakukan tinjauan dan mendengar taklimat mengenai pembinaan jejambat yang terpaksa dilaksanakan berikutan keadaan tanah di kawasan berkenaan tidak sesuai untuk tambakan.

Dalam satu catatan di Facebook, beliau berkata faktor itu telah menyebabkan berlaku sedikit kelewatan dalam keseluruhan pembinaan LPB Sarawak.

“Namun, pembinaan viaduct ini yang sepatutnya dijadualkan siap pada Oktober, dijangka  disempurnakan bulan depan.

Ini sekali gus akan melengkapkan pembinaan lebuh raya ini sepenuhnya untuk kegunaan rakyat Sarawak,” katanya.
Pakej WPC 11 adalah yang terakhir daripada 11 pakej pembinaan LPB Sarawak. 

Beliau turut meninjau kerja-kerja naik taraf jalan sepanjang 4.2 kilometer serta penukaran paip baharu Sarawak Water Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai LAKU), yang dilaksanakan selepas berlakunya paip pecah sebelum kerja pembinaan bermula.

“Walaupun terdapat sedikit kelewatan, kerja tambahan ini wajar dilakukan bagi memastikan bekalan air di Bandaraya Miri tidak terjejas dan jalan yang dibina kelak tidak berisiko rosak pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi JKR Sarawak akan memastikan libat urus berterusan antara kumpulan projek dan kontraktor serta pemantauan rapi dilakukan secara berkala supaya projek berkenaan berjalan lancar dan siap mengikut jadual. — Bernama

BERITA LAIN

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)