ARTIKEL

Vietnam beli vaksin Rusia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HANOI: Kementerian Kesihatan Vietnam mengumumkan membeli vaksin Covid-19 buatan Rusia, menurut laporan televisyen tempatan ketika negara itu bergelut dengan penularan jangkitan baharu.

Mengutip Reuters, Rabu lalu Rusia berkata kumpulan pertama vaksin yang pertama dunia itu dilancarkan dalam tempoh dua minggu lagi.

Beberapa pakar menyuarakan kebimbangan keselamatan mengatakan Moscow terlalu cepat memberikan kelulusan vaksin tersebut, namun Rusia menolaknya sebagai kenyataan yang tidak berasas.

Sementara, Vietnam masih terus membangunkan vaksin Covid-19 sendiri di negaranya, menurut penyiar tempatan.

Setakat ini, Vietnam bercadang membeli 50 hingga 150 juta dos vaksin tersebut, lapor akhbar Tuoi Tre.

Namun sebahagian dos terbabit disumbangkan oleh Rusia.

Kementerian bagaimanapun tidak memberikan maklumat lanjut kos vaksin tersebut. Bulan lalu, kementerian berkata Vietnam bakal memiliki vaksin sendiri pada akhir 2021.

Vietnam yang sebelum ini dipuji kerana kejayaannya membendung penularan Covid-19 menerusi ujian agresif, penjejakan kontak dan kuarantin, kini bergelut dengan jangkitan baharu yang dikesan pada 25 Julai yang melibatkan bandar popular di Danang.

Kementerian Kesihatan Vietnam pada Jumaat melaporkan 24 kes Covid-19 baharu dan satu kematian, menjadikan jumlah keseluruhan 929 kes dengan 21 kematian

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha