ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

Vietnam Cadang Kurangkan Cukai Alam Sekitar Bagi Petroleum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HANOI: Kementerian Kewangan Vietnam mencadangkan pengurangan cukai perlindungan alam sekitar bagi petrol dan diesel sebanyak separuh susulan kenaikan harga bahan api global yang dicetuskan oleh konflik di Asia Barat, lapor Xinhua memetik media tempatan VnExpress pada Selasa.

Di bawah draf resolusi itu, cukai petrol (tidak termasuk etanol) akan dikurangkan daripada 2,000 dong Vietnam (kira-kira US$0.08) kepada 1,000 dong Vietnam (kira-kira US$0.04) seliter, manakala cukai diesel akan dikurangkan daripada 1,000 dong Vietnam kepada 500 dong Vietnam (kira-kira US$0.02) seliter.

Cukai bagi bahan api jet juga dicadangkan untuk diturunkan sebanyak 500 dong Vietnam kepada 1,000 dong Vietnam seliter, menurut laporan itu.

Langkah berkenaan dijangka dapat membantu mengekang inflasi dengan menurunkan harga runcit bahan api, namun dalam masa yang sama mengurangkan hasil belanjawan negara sekitar 1.79 trilion dong Vietnam (kira-kira US$67.93 juta) sebulan, menurut kementerian.

Cukai perlindungan alam sekitar Vietnam pada masa ini merangkumi kira-kira 6.7 peratus daripada komponen yang membentuk harga asas produk petroleum, kata laporan itu lagi.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU