ARTIKEL

Wajah Padungan kembali berseri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jawatankuasa Kawasan Padungan dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) kini bekerjasama rapat untuk membangunkan Padungan agar terus menyerlah sebagai kawasan segi tiga emas bandar Kuching.

Datuk Bandarnya Datuk Wee Hong Seng menzahirkan kegembiraannya kerana Jawatankuasa Kawasan Padungan yang dibentuk dapat bekerjasama dengan MBKS bagi membincangkan masalah komuniti Padungan kerana ia dapat memudahkan urusan pembangunan untuk jangka masa panjang.

“Bekerjasama dengan Jawatankuasa Kawasan Padungan merupakan idea yang sangat baik. Penglibatan komuniti akan menyumbang 50 peratus pembangunan di kawasan yang menjadi punca rezeki peniaga di sini.

“Saya yakin penduduk yang tinggal dan berniaga di sini akan memberikan kerjasama terbaik dalam memastikan Padungan akan meriah kembali,”katanya kepada pemberita di Life Café Padungan, di sini kelmarin.

Wee menjelaskan, MBKS mula melakukan pembersihan di lorong Padungan dan beberapa kerja baik pulih dimulakan minggu depan sebagai langkah awal mengingatkan masyarakat Padungan yang mereka tidak dipinggir daripada menikmati pembangunan.

“Kita mesti memperbaiki setiap lorong termasuk rumah kedai supaya memberi keselesaan kepada peniaga di sini. “Saya harap pemilik kedai dapat membantu menyokong usaha ini kerana tanpa sokongan mereka, kami pasti tidak akan dapat mencapai sasaran.

“Kami mengumpulkan masyarakat Padungan untuk bekerjasama bagi menyumbang kepada aspek pembangunan dan masa depannya. “Padungan memerlukan tempoh lima tahun atau lebih untuk kembali ceria,” tambahnya lagi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kawasan Padungan Lucas Yong, Naib Ketua Jawatankuasa Kawasan Padungan Oscar Choo, Setiausaha Jawatankuasa Kawasan Padungan Angel Teo dan ahli-ahli termasuk pemilik perniagaan.

BERITA LAIN

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas

BERITA TERBARU

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas