ARTIKEL

Wajib lapor pendapatan walaupun perniagaan rugi – LHDN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Individu yang menjalankan perniagaan wajib melaporkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) walaupun mereka mengalami kerugian.

Ketua Penolong Pengarah LHDN Kuala Lumpur Syed Mohd Syukree Syed Mohd Kamil berkata ramai pembayar cukai menganggap mereka tidak perlu melaporkan pendapatan jika mengalami kerugian sedangkan itu adalah tanggapan yang salah.

“Rugi dalam perniagaan adalah perkara biasa. Tak kira untung atau rugi, anda tetap wajib hantar dan laporkan pendapatan setiap tahun. Jangan risau kalau perniagaan rugi, tidak semestinya anda kena cukai.

“Kalau anda mempunyai pendapatan lain seperti gaji, gabungan pendapatan akan dikira dalam Borang B (Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi individu yang menjalankan perniagaan). Jadi, masih berkemungkinan anda dikenakan cukai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Klinik Cukai terbitan Bernama Radio hari ini yang membincangkan topik ‘Perniagaan Untung atau Rugi: Wajib Hantar Borang B’.

Syed Mohd Syukree berkata individu yang diklasifikasikan menjalankan perniagaan termasuk Youtuber, ‘Instafamous’, pempengaruh atau yang membuat ulasan berbayar, selagi mereka menerima pendapatan.

Beliau menegaskan kegagalan untuk melaporkan pendapatan dalam tempoh ditetapkan adalah satu kesalahan jenayah dan boleh didakwa di mahkamah. – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU