Trending

Wajib singgah di Buntal

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kampung Buntal yang kaya dengan produk alam semula jadi berpotensi untuk terus dibangunkan sebagai destinasi pelancongan popular.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ini kerana perkampungan nelayan tersebut turut mempunyai tarikan lain seperti mempunyai gerai menjual hasil laut yang segar.

Malah menurutnya, kampung yang dihuni sekitar 3,000 penduduk itu turut mempunyai restoran makanan laut yang popular dalam kalangan masyarakat sekitar Kuching.

“Banyak kelebihan dimiliki kampung ini untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan popular atau wajib singgah di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Mutaqqin Kampung Buntal.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) menjelaskan, Esplanade Buntal yang dibina dengan kos RM3.7 juta turut menjadi tarikan untuk orang ramai beriadah pada hujung minggu.

“Esplanade ini kerap dikunjungi orang ramai pada hujung minggu terutama untuk melihat pemandangan laut yang indah,” ujarnya.

Sementara itu menurutnya, Kerajaan Sarawak turut membina jalan raya bernilai RM85 juta menghubungkan Kampung Bako dan Kampung Buntal sepanjang 8.5 kilometer.

“Apabila siap kelak, pasti Kampung Buntal akan rancak membangun terutama dalam setor ekonomi dan pelancongan,” jelasnya.

Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Khalidi Ibrahim dan Pemanca Kuching Utara Roshidi Junai.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru