SERIAN: Tiada perubahan waktu untuk kemasukan pengunjung ke Borneo Empurau Farm & Resort (BEFR), Tarat, Serian sepanjang bulan Ramadan ini.
Waktu kemasukan ke pusat berkenaan masih kekal iaitu bermula pukul 8:00 pagi sehingga 5:00 petang.

Pengarah BEFR, Abdullah Jawawi memberitahu, waktu kemasukan ke pusat percutian berkonsepkan agropelancongan serta ekopelancongan unik itu masih kekal seperti biasa pada bulan puasa ini.
“Setakat ini tiada perubahan masa untuk kemasukan pengunjung ke BEFR sepanjang bulan Ramadan ini, ia masih seperti biasa sebagai mana sebelum ini,” ujar Abdullah kepada Suara Sarawak.
Menurut Abdullah, pakej ditawarkan BEFR kepada pengunjung juga masih kekal sama.
Dengan kata lain, tegas beliau, pakej ditawarkan pihaknya yang dilihat masih relevan untuk pengunjung pelbagai peringkat umur.
BEFR miliki pusat penternakan ikan eksotik termahal di Malaysia ketika ini selain mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati.
Antaranya, taman tema air, taman burung, pusat akuakultur, pusat ternakan berskala besar dan banyak lagi.
“Terdapat tempat menarik untuk dilawati apabila pengunjung datang ke BEFR.
“Sekali gus, mencetus keterujaan berganda kepada mereka,” tambah Abdullah.




