ARTIKEL

Wan Azizah melawat hab fesyen Juma’ani Pavilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengadakan lawatan ke hab fesyen Juma’ani Pavilion, hari ini.

Kehadiran beliau ke lokasi sekitar jam 10.45 pagi itu turut disambut oleh isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Sejurus sampai ke Juma’ani Pavilion, isteri Perdana Menteri itu dibawa untuk melihat hasil kraf yang terdapat di ruangan Artisan dan Premium di hab fesyen tersebut.

Sambil, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kecemerlangan Teknikal (CENTEXS) Syeed Hussien Wan Abdul Rahman memberi penjelasan kepada setiap produk yang ada.

Dalam lawatan tersebut, Wan Azizah turut menyaksikan sendiri sesi demonstrasi pembuatan Keringkam oleh pelajar-pelajar Tekstil & Fesyen CENTEXS.

Untuk rekod, sekitar 30 orang pelajar yang terdiri daripada mereka yang berusia 18 sehingga 60 tahun membuat demontrasi penghasilan tekstil tersebut.

Kelihatan bahawa Wan Azizah tertarik dan kagum dengan penghasilan karya yang dibuat hampir sepenuhnya menggunakan kemahiran tangan.

Sementara, beliau turut diberi penerangan dan pendedahan terhadap aplikasi digital SARA-X yang telah dilancarkan sejak 2019, selain diperkenalkan dengan produk rumah pintar sebelum lawatan berakhir.

Sekitar lawatan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama-sama Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di Juma’ani Pavilion. FOTO : ABDUL HAKEEM WELL

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.