ARTIKEL

OHH HAA Rapid Kuching 2026 yang berlangsung di Muzium Budaya Borneo menyaksikan 143 peserta bersaing secara kompetitif dalam kejohanan catur anjuran Persatuan Catur Bahagian Kuching (PCBK).

Wan Mohammad Azmie muncul juara kategori terbuka catur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Wan Mohammad Azmie Wan Abd. Rahim berjaya merangkul gelaran johan kategori terbuka Kejohanan Catur OHH HAA Rapid Kuching 2026 anjuran Persatuan Catur Bahagian Kuching (PCBK), baru-baru ini.

Berlangsung di Muzium Budaya Borneo, kejohanan itu turut menyaksikan Stanley Hii Lik Ung muncul naib johan, manakala Syed Ilyas Syed Muhammad Yusuf di tempat ketiga bagi kategori yang sama.

Bagi kategori pemain wanita terbaik, Alana Jane Wong muncul juara, diikuti Isabella Salsabella Ishak di tempat kedua dan Chelsie Garry Bailey di tempat ketiga.

Dalam kategori pemain para terbaik, Ethan Tay Yi Chen muncul johan, manakala Aqeel Zharif di tempat kedua dan Madang Ding Anyi di tempat ketiga.

Kategori bawah 18 tahun menyaksikan Howard Lim Jun Yii muncul juara, mengatasi Arminius Wong Sie Song di tempat kedua dan Jonas Lee Sze Hao di tempat ketiga.

Xander Low Zern Thung pula menjuarai kategori bawah 12 tahun, diikuti Sim Hong Zhe di tempat kedua dan Evan Caleb Willie di tempat ketiga.

Dalam kategori pemain terbaik ahli PCBK, Fakhrullah Aqmal Mohd. Roslan muncul johan, diikuti Chuang Hui Dee sebagai naib johan dan Muhd. Iqbarulhazim Husaini di tempat ketiga.

Kategori penjawat awam terbaik menyaksikan Muhammad Raid Zharif Rosmawi muncul johan, diikuti Mohd. Khairil Aiman Mustapha di tempat kedua dan Juraini Ahmad Sobri di tempat ketiga.

Bagi kategori veteran terbaik, Lim Kian Hua muncul johan, diikuti Basri Laperei sebagai naib johan dan Morshidi Kader di tempat ketiga.

Kategori institut pengajian tinggi (IPT) terbaik pula menyaksikan Gordon Goh Wei Han muncul johan, diikuti Lim Yong Jian sebagai naib johan dan Wan Azreen Batrisya Che Mohd. Zainudin di tempat ketiga.

Sementara itu, seramai 143 peserta menyertai Kejohanan Catur OHH HAA Rapid Kuching 2026 yang berlangsung di Muzium Budaya Borneo pada Sabtu.

PCBK dalam satu kenyataan berkata, kejohanan itu bukan sahaja menjadi medan pertandingan, malah platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, berkongsi pengalaman serta memperkukuh komuniti catur tempatan.

“Penyertaan memberangsangkan dalam kalangan peserta mendorong PCBK untuk terus komited menganjurkan lebih banyak program catur berkualiti bagi mencungkil dan membangunkan bakat baharu, sekali gus memupuk budaya catur yang lebih kukuh di seluruh Sarawak.

“Selaras dengan misi PCBK untuk ‘Membentuk Minda, Membina Juara’, persatuan berharap dapat mendorong lebih ramai pemain, keluarga dan penyokong menyertai kejohanan serta inisiatif pembangunan catur pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, program tersebut turut mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) menerusi inisiatif Dana Sukan Komuniti (DSK).

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU