ARTIKEL

Wang palsu di pasar tamu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WANG palsu (atas) dan tulen (bawah).

 

BARU-BARU ini kecoh 14 peniaga Pasar Tamu Sibu Jaya yang menjadi mangsa penipuan menggunakan wang palsu membuat laporan polis. Laporan tersebut diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu daripada peniaga yang berusia dalam lingkungan 40 hingga 50-an.

Dalam laporan itu, suspek membeli pelbagai barangan keperluan di pasar tersebut dan kesemua mangsa dibayar menggunakan wang kertas RM20 bernombor siri CD: 2748412 namun mangsa hanya menyedari mereka ditipu dengan wang palsu itu tiga jam kemudian apabila salah seorang daripada mereka mendapati wang kertas tersebut tidak berkualiti dan dakwat pada permukaan wang kertas cair. ni merupakan sebahagian kes yang pernah dilaporkan di Malaysia.

Sebelum ini, di peringkat Bukit Aman, satu unit berkaitan wang palsu telah lama ditubuhkan bagi memantau serta mengekang kegiatan jenayah itu daripada terus berleluasa. Berdasarkan statistik, kes wang palsu telah mencatatkan penurunan yang mendadak sebanyak 65 peratus.

Secara perbandingan, jumlah kes yang dicatatkan pada tahun 2021 iaitu sebanyak 665 kes berbanding 1,400 kes pada tahun 2020. Realitinya, kegiatan atau sindiket wang kertas palsu seperti yang berlaku di Sibu bukanlah perkara baharu, namun berlaku di seluruh dunia dan kebiasaannya didalangi oleh beberapa individu yang terlibat dalam kegiatan jenayah. Jika ditelusuri sejarah, pemalsuan wang cukup berleluasa sepanjang malah, dipanggil ‘profesion kedua tertua’ di dunia.

Syiling wang bermula di wilayah Lydia sekitar 600 sebelum mesihi. Sebelum pengenalan wang kertas, kaedah pemalsuan yang paling lazim melibatkan mencampurkan logam asas dengan emas atau perak tulen. Amalan biasa ini juga dikenali sebagai ‘mencukur’ tepi syiling. Ini dikenali sebagai keratan.

Logam berharga yang dikumpul dengan cara ini boleh digunakan untuk menghasilkan syiling palsu. Fourrée ialah jenis syiling palsu purba iaitu, teras logam asas telah disadur dengan logam berharga untuk menyerupai rakan logam pepejalnya. Suatu ketika dahulu aktiviti memalsukan wang dikategorikan sebagai salah satu jenayah paling berat apabila pelakunya bukan sahaja diseksa tetapi juga dihukum sehingga mati!

Antaranya, Mastro Adamo disebut oleh Dante Alighieri sebagai pemalsu fiorino Florentine, dihukum mati dengan cara digantung pada abad ke-13. Malah, pasangan Inggeris Thomas dan Anne Rogers telah disabitkan pada 15 Oktober 1690 kerana ‘memotong 40 keping Perak.’ Thomas Rogers digantung, dilukis, dan dibelah empat manakala Anne Rogers dibakar hidup-hidup.

Sejajar dengan perubahan zaman, aktiviti pemalsuan wang juga semakin berkembang berikutan kemajuan teknologi digital dan kewujudan mesin cetak yang semakin canggih. Bagaimanapun, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan sebanyak 99 peratus kes wang palsu adalah dalam kategori pemalsuan menggunakan pencetak berwarna.

Secara istilahnya, wang palsu adalah wang yang dihasilkan tanpa milik negara atau kelulusan undang-undang kerajaan, biasanya dengan meniru mata wang itu dan menipu penerimanya. Justeru, bagi mereka yang ragu-ragu dengan wang yang diterima, terus periksa dan gunakan kaedah yang disaran BNM. Yang paling cepat-cepat lapor kepada pihak berkuasa agar pelakunya menerima hukuman setimpal dan bukan sekadar mem’viral’kannya di media sosial.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU