ARTIKEL

Supt Sharudin Abdul Wahab

Wanita 23 tahun ditahan, kes mayat bayi dalam longkang selesai 24 jam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA BERANG: Polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi di dalam longkang di kawasan perumahan Padang Setengge petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab, menyatakan suspek ditahan pada 3.30 petang di rumahnya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Beliau menjelaskan penahanan itu mendedahkan kelahiran bayi dan penglibatan suspek, sekali gus membolehkan kes diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

Menurut keputusan bedah siasat pagi tadi oleh pakar Patologi Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, bayi itu cukup bulan dan sudah mati lebih 24 jam sebelum diperiksa pada 9 pagi.

Namun, pihak polis belum dapat memastikan sama ada bayi itu dilahirkan hidup atau mati, selain sebab kematian dan jantinanya seperti lapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tiong: Pengorbanan warga kesihatan perlu dihargai

BINTULU: Pengorbanan warga kesihatan yang bertugas tanpa mengira waktu demi memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada masyarakat perlu dihargai, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Sri