ARTIKEL

Gambar hiasan

Wanita 24 tahun didenda RM2,000 terlibat aktiviti judi dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pembantu kedai dijatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret kerana bermain judi secara terbuka di tempat awam menggunakan sebuah telefon bimbit di dalam sebuah kedai di Pending, Oktober lalu.

Wanita berusia 24 tahun dari Sibu itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di sebuah kedai di Pending, sekitar 2.10 petang, 31 Oktober lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, sempena Op Dadu, pengadu merupakan pegawai polis bersama-sama pasukannya membuat satu serbuan di sebuah kedai kerana dipercayai terdapat aktiviti perjudian dalam talian.

Pasukannya membuat satu tangkapan terhadap seorang wanita yang sedang melakukan aktiviti penjualan nilai kredit judi dalam talian menggunakan sebuah telefon pintar.

Sebuah telefon jenama Infinix dan wang tunai berjumlah RM250 turut dirampas dan dijadikan barang kes.

Hasil siasatan mendedahkan laporan pakar judi mengesahkan barang kes telefon pintar milik tertuduh mengandungi aplikasi judi dalam talian.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Aqila Morsalin, manakala tertuduh hadir tanpa diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU