ARTIKEL

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie.

Wanita cedera dibelasah suami gara-gara enggan beri duit beli dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Seorang wanita cedera selepas dipukul suaminya gara-gara enggan memberikan wang yang diminta untuk membeli dadah.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, mangsa, 29, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tampil membuat laporan polis pada 21 Mei lalu selepas dipukul suspek di rumah mereka di Krian, di sini.

“Akibat dipukul, mangsa mengalami bengkak pada bahagian kening mata kanan dan kiri serta pipi kiri,” katanya dalam kenyataan.

Suspek ditahan selepas menyerah diri kerana memukul isterinya gara-gara tidak mahu memberikan wang yang dimintanya untuk membeli dadah.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata mangsa dan suspek, 26, yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan ialah pasangan suami isteri yang sah dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun.

Katanya, punca kejadian adalah kerana pengadu tidak mahu menuruti kemahuan suspek untuk memberikan wang tunai sebanyak RM30 bagi membeli bekalan dadah.

“Tidak berpuas hati dengan tindakan pengadu, suspek telah memukulnya beberapa kali pada muka dan bahagian belakang badan,” katanya.

Mathew berkata suspek ditahan selepas menyerah diri dan turut didapati positif syabu.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU