ARTIKEL

Keadaan kenderaan mangsa di lokasi kejadian. Foto PGOB Sarawak.

Wanita cedera, kereta terbabas di Kapit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Seorang wanita cedera selepas kereta yang dipandu terbabas ke lereng bukit sebelum tersangkut pada rumpun buluh di hadapan Hospital Kapit, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit tiba di lokasi kejadian.

Jurucakap JBPM Sarawak berkata, mangsa berusia 30 tahun masih berada di dalam kenderaan ketika anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba terlebih dahulu menstabilkan kedudukan kereta menggunakan tali bagi mengelakkannya daripada bergerak dan membahayakan mangsa serta anggota penyelamat.

“Mangsa tidak tersepit, namun mengadu mengalami kesakitan di bahagian pinggang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian dikeluarkan menggunakan pengusung melalui pintu penumpang hadapan sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi menyelamat itu melibatkan tujuh anggota bomba dengan bantuan sebuah jentera Compact Fire Rescue Tender (CFRT) dan sebuah Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Operasi berkenaan turut mendapat bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU