ARTIKEL

Wanita China lahirkan anak pada usia 67 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Seorang wanita berusia 67 tahun menjadi ibu tertua di China selepas selamat melahirkan bayi perempuan menerusi pembedahan di sebuah hospital Zaozhuang.

Wanita itu, dengan nama keluarga Tian, melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat melalui pembedahan pada Jumaat, menurut Hospital Bersalin dan Penjagaan Kesihatan Ibu, bandar Zaozhuang kepada AFP.

“Anak itu adalah kurniaan syurga kepada kami,” kata suami wanita itu Huang, 68, memetik berita guancha.cn. China.

Sementara itu, Global Times melaporkan bayi perempuan itu dipanggil Tianci, yang bermaksud hadiah dari syurga.

Jinan Times melaporkan bahawa Tian sudah mempunyai dua orang anak, termasuk seorang anak lelaki yang lahir pada 1977, iaitu dua tahun sebelum China mengenakan polisi satu anak untuk mengawal jumlah penduduk yang semakin ramai.

Laporan berkenaan kelahiran itu menerima kritikan di platform Weibo, rangkaian media sosial China yang sama seperti Twitter. “Ibu bapa itu terlalu mementingkan diri sendiri,” kata seorang pengulas.

“Pada usia lanjut seperti itu, mereka tidak mempunyai keupayaan untuk menjaga anak…kakak dan abang bayi itu juga akan menerima tekanan.”

Pengguna Weibo yang lain turut mempersoal sama ada Tian dan Huang akan dikenakan hukuman kerana mempunyai anak lebih daripada dua orang.

Pada 2016, Beijing melonggarkan dasar satu anak, membolehkan keluarga mempunyai dua orang anak. -AFP

YouTube player

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu