Wanita dari Sri Aman lesap RM159,450 dibuai janji kekasih maya

KUCHING: Seorang wanita kerugian RM159,450 akibat ditipu kekasih maya dari luar negara selepas teman lelakinya, mendakwa ditahan kastam kerana tidak mempunyai rekod kesihatan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, lelaki itu yang mendakwa berasal dari Amerika Syarikat kononnya datang ke negara ini untuk bertemu mangsa.

“Mangsa berusia 40, berasal Sri Aman berkenalan dengan suspek melalui Facebook sejak Mac 2017 sehingga Disember tahun lalu,” katanya semalam.Mustafa menjelaskan, suspek mula meminta wang pada Julai 2017 dengan alasan visanya tamat tempoh dan meminta mangsa memasukkan sejumlah RM5,000 ke dalam akaun suspek.

Tambahnya, sehingga Disember 2018 mangsa melakukan beberapa transaksi sehingga mencecah RM159,450.

“Suspek menggunakan pelbagai alasan seperti bayaran pelepasan duit, pembelian tiket, mengaktifkan akaun mangsa sehingga mangsa menyedari dirinya ditipu sebelum membuat laporan polis pada 3 April 2019 selepas Facebook dan WhatApps suspek tidak lagi aktif,” katanya.

 

Suara Sarawak