ARTIKEL

Gambar hiasan

Wanita didenda rosakkan kereta jiran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang wanita tempatan dijatuhi hukuman denda RM2,500 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana merosakkan kereta jiran sebelah rumahnya, dengan alasan dia mencari bekas suaminya untuk menuntut nafkah.

Rhamina, 52, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja melakukan khianat menyebabkan kerosakan pada pintu dan bonet kereta jenis Perodua Kancil milik seorang lelaki berusia 54 tahun hingga mengalami kerugian RM1,450.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dia melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah di sini, sekitar jam 7.45 malam, 23 Mac 2026.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu merupakan isteri mangsa memaklumkan kepada mangsa bahawa pintu dan bonet kereta telah kemek.

Kemudian, pengadu dimaklumkan oleh jirannya tentang perbuatan tertuduh membaling batu ke arah kereta mangsa hingga menyebabkan kerosakkan.

Laporan polis dilakukan oleh pengadu untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah melakukan khianat merosakkan harta sebuah kereta Perodua Kancil milik mangsa.

Difahamkan, tertuduh berbuat demikian kerana mencari bekas suaminya untuk menuntut nafkah yang telah tertunggak selama setahun.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nurshafiqa Nyaie Ilin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU