ARTIKEL

NANCY bergambar selepas menyempurnakan pelancaran tema dan logo sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024, hari ini.

Wanita Dijulang Negara Gemilang, raikan kaum hawa pada 8 Mac depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Wanita Dijulang Negara Gemilang, dipilih sebagai tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 dalam usaha memartabatkan kaum hawa di negara ini.

Pelancaran tema dan logo sambutan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, hari ini.

“Tema ini dipilih bagi menunjukkan kepentingan mewujudkan budaya inklusif dan kesaksamaan gender dalam semua peringkat sebagai usaha memartabatkan wanita di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Tema dan Logo Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di ibu negara, hari ini.

Jelasnya, peranan dan sumbangan wanita dalam pelbagai aspek juga merupakan tonggak utama kepada pembangunan sosial masyarakat.

Ahli Parlimen Santubong itu turut menyeru semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama meraikan sambutan pada 8 Mac depan.

Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka oleh kementerian dalam sambutan dua hari sehingga 9 Mac itu.

Antaranya sambutan hari wanita peringkat negeri yang diadakan di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri, sambutan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta serta Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Mac di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid (SPCC).

Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun bagi mengiktiraf dan menghargai peranan yang dimainkan oleh wanita dalam pembangunan negara.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

DENGARLAH

Dengarlah, Bukalah mata Dengarlah rintihan alam yang terluka Usahlah api menjadi keKasih yang membinasakan Usahlah kerakusan menjadi duri yang menikam masa depan Andai alam mampu

DI BALIK WAJAH KEMANUSIAAN

Di bumi yang kian hilang cahaya Manusia tenggelam dalam lautan kerakusan Demi takhta, harta dan kuasa Tergadai maruah, terpadam rasa Tangisan insan menjadi irama dunia