ARTIKEL

Tertuduh (baju kuning) bersama-sama tertuduh yang lain keluar dari bilik Mahkamah Sesyen 2 diiringi anggota polis.

Wanita Dipenjara 12 bulan Buat Hantaran Jelik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penganggur wanita dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana membuat satu hantaran jelik di Facebook yang menyinggung perasaan masyarakat beragama Islam.

Tertuduh berusia 37 tahun tersebut mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa kerana melalui aplikasi Facebook membuat hantaran jelik yang menyinggung perasaan komuniti beragama Islam.

Dia melakukan kesalahan itu ketika berada di sebuah rumah di sini, sekitar 4 pagi, pada 24 Mac lepas.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a)(i) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) menerima satu aduan melalui Tali Khidmat JAIS.

Aduan tersebut dihantar oleh individu merujuk kepada satu hantaran di Facebook yang dipercayai mengandungi kenyataan berunsur penghinaan terhadap orang Islam Sarawak.

Hasil siasatan awal daripada pihak JAIS mendapati kenyataan tersebut diturunkan oleh pemilik akaun Facebook.

Laporan polis dibuat pengadu untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh.

Siasatan lanjut mendedahkan tertuduh melakukan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi, dengan memuat naik kandungan yang menghina agama Islam yang boleh mendatangkan kegusaran masyarakat.

Semakan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan akaun Facebook itu milik tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Adriana Maisarah Mohd Farid, manakala tertuduh diwakili Peguam Wilson Tan Wei Sheng.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu