ARTIKEL

gambar hiasan

Wanita dipenjara enam bulan terlibat penyalahgunaan dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang wanita tempatan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis syabu, empat tahun lalu.

Chang Siew Jun, 34, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama kerana terlibat dalam pengambilan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Tertuduh melakukan kesalahan itu semasa ditahan di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Kuching , sekitar jam 8.30 malam, 10 November 2022.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan diletakkan di bawah pengawasan serta-merta untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Mahkamah memerintahkan tertuduh di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas menjalani hukuman.

Berdasarkan fakta kes, semasa ditahan di IPD Kuching ujian saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah.

Kemudian sampel urin dibawa ke Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak dan laporan mengesahkan tertuduh positif dadah Amphetamine dan Methamphetamine.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nurshafiqa Nyaie Ilin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU