Wanita dirompak lelaki bersenjatakan pisau

BATU KAWA: Seorang wanita dirompak lelaki bersenjatakan pisau di kawasan tempat letak kereta Emart Batu Kawan pada Ahad.

Kejadian sekitar jam 4.25 petang itu berlaku ketika mangsa berada di dalam kenderaannya untuk menghidupkan enjin sebelum suspek secara tiba-tiba masuk di tempat duduk penumpang lalu mengacukan pisau lipat ke arah mangsa dan mengarahnya untuk tidak membuat bising.

Mangsa yang dalam ketakutan hanya mengikuti arahan suspek.

Sejurus kemudian suspek menolak mangsa keluar dari kenderaan terbabit dan melarikan kenderaan mangsa bersama beg duit yang mengandungi dokumen penting dan telefon bimbit.

Dedahnya, kenderaan terbabit dilihat menuju ke kawasan Desa Wira, Batu Kawa sejurus selepas mangsa ditolak keluar daripada kereta.

Mengesahkan kejadian, Timbalan Ketua Polis Padawan Deputi Superintedan Lim Jaw Shyong berkata mangsa mangsa ketika kejadian cuma berseorangan ke Pasar Raya Emart Batu Kawa.

“Hasil siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa ada melihat suspek sedang berdiri di belakang bonet kereta namun tidak mengesyaki bahawa suspek ingin merompaknya.

“Antara butiran suspek yang dikenal pasti iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 50-an, tidak menggunakan topi ataupun penutup muka, berbaju lengan pendek berpetak-petak berwarna coklat dan berketinggian lebih kurang 167cm,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dedahnya, kenderaan yang dilarikan berupa sebuah Toyota Hilux, wang tunai dan telefon bimbit.

Suara Sarawak