ARTIKEL

Aron Rajak yang dilaporkan hilang di kawasan hutan Kampung Simpok.

Wanita hilang di hutan Kampung Simpok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Seorang wanita dilaporkan hilang di kawasan hutan Kampung Simpok, di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa yang dikenali sebagai Aron Rajak, 57, pada jam 9.56 malam semalam.

“Mangsa memakai baju berwarna hitam dan bersarung,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi Ketua Polis Balai Tapah, SM David Anak Guleng di talian 013-8234584 atau Balai Polis Tapah di talian 082-867236 atau Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU