ARTIKEL

Wanita Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat Lapan Hotel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Pegawai Kanan Penguasa Bomba Mohd Kamal Mohd Timar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membabitkan wanita berusia 26 tahun itu pada 6.35 petang.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lapan terus ke balkoni tingkat satu hotel berkenaan. Pasukan operasi melakukan kerja penyelamatan dengan menggunakan busket strecther hingga selesai.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU