ARTIKEL

Wanita maut ditikam suami 13 kali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Seorang wanita berusia 39 tahun maut selepas ditikam sebanyak 13 kali oleh suaminya dalam satu pertengkaran di sebuah rumah di Taman Tiram, Kulim, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring, mengesahkan mangsa dibawa ke Hospital Kulim oleh ahli keluarga sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 malam.

Suspek yang merupakan seorang penganggur berusia 43 tahun telah menyerah diri di Balai Polis Lunas pada jam 8.40 malam dan mengaku menikam isterinya menggunakan sebilah pisau lipat.

Siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca daripada perasaan cemburu dan berlaku di dalam bilik tidur utama kediaman pasangan tersebut yang turut dihuni oleh anak mereka yang berusia tiga tahun.

Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU