ARTIKEL

Motosikal ditunggang mangsa mengalami kerosakkan setelah terbabas.

Wanita maut kemalangan kendiri di Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seorang wanita maut dalam kemalangan kendiri apabila motosikal ditunggangnya terbabas di KM18.5, Jalan Bau-Lundu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Jawai Francis berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 5.45 petang.

“Mangsa, 38, menunggang motosikal jenis Honda Y15ZR dalam perjalanan menuju ke Lundu telah terbabas ke sebelah kanan jalan

“Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan kepala,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira jam 5.55 petang oleh petugas perubatan Hospital Bau.

Jelasnya, keadaan cuaca hujan dan jalan adalah lurus dan dua lorong.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU