ARTIKEL

Wanita muda serah sendiri dadah kepada polis di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang wanita mengaku terlibat salah guna dadah dengan menyerahkan sendiri sebuah beg mengandungi bekas kotak berisi dadah semasa diperiksa polis di kawasan Bangunan Wisma Unaco, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Merbin Lisa berkata, suspek ditemui seorang diri dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik Dadah Kuching sekitar jam 11.45 pagi di lokasi.

Menurutnya, suspek merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 22 tahun.

“Hasil pemeriksaan ke atas beg yang diserahkan suspek menjumpai ketulan dadah jenis syabu seberat 6.68 gram dianggarkan berharga RM1,002.

“Ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, katanya, suspek bersama barangan kes telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, hasil soal siasat turut mengesahkan suspek mengaku mendapatkan bekalan tersebut secara ‘bank in’ daripada pengedar yang tidak dikenali sebelum barang itu ditempatkan ke sesuatu kawasan untuk diambil oleh suspek.

Dedahnya, semakan turut mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah (APD) (R&P) 1983 melibatkan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Tegasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi