ARTIKEL

TERTUDUH... Seorang wanita OKU pendengaran dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sibu hari ini.

Wanita OKU pendengaran didakwa bunuh ibu kandung di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Selepas lebih seminggu kejadian seorang wanita warga emas ditemukan maut di Lower Bukit Lan, anak kandung mangsa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh.

Menurut jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, tertuduh yang berusia 48 tahun dan merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran didakwa membunuh ibu kandungnya yang berusia 76 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Lower Bukit Lan pada kira-kira pukul 1.50 petang, 25 Jun lalu.

Beliau berkata, pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Romario Jonoi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi,” katanya.

Menurut jurucakap itu, jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara untuk tempoh tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun.

Beliau menambahkan, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, tertuduh juga boleh dikenakan hukuman sebatan.

“Mahkamah kemudian menetapkan 6 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia, laporan bedah siasat serta dokumen berkaitan sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk tindakan selanjutnya.

“Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan dia diperintahkan supaya terus ditahan di Penjara Sibu sehingga prosiding berikutnya,” katanya.

Beliau berkata, pendakwaan memaklumkan beberapa dokumen penting, termasuk laporan kimia dan laporan bedah siasat, masih belum lengkap bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum kes dirujuk ke Mahkamah Tinggi.

Prosiding hari ini merupakan peringkat awal proses perundangan.

“Sehubungan itu, tertuduh kekal dianggap tidak bersalah sehingga kes terhadapnya dibuktikan di mahkamah mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibu kandungnya yang berusia 77 tahun dengan memukul tubuh mangsa dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam pada 12 Mei 2026 di sebuah rumah tidak bernombor di Lower Bukit Lan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa membunuh wanita warga emas berkenaan dengan menikam mangsa menggunakan gunting di rumah yang sama kira-kira pukul 1.50 petang pada 25 Jun 2026.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, jika sabit kesalahan.

Jika hukuman mati tidak dikenakan, pesalah juga boleh dijatuhi hukuman sebat tidak kurang daripada 12 kali.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU