ARTIKEL

Wanita PBB Perkukuh Jentera Hadapi PRN-13 Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) terus memperkukuh kesiapsiagaan jentera parti di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13) Sarawak.

Ketua Pergerakan Wanita PBB, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, semua cawangan dan ranting parti di setiap DUN diarahkan memperkemas gerak kerja serta pembahagian tugas secara tersusun bagi memastikan persediaan pilihan raya dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.

Jelasnya, tempoh penggal DUN Sarawak dijangka berakhir pada Februari 2027, justeru seluruh jentera parti perlu bersedia memandangkan pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa.

PERKUKUH JENTERA WANITA… Fatimah mengadakan sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB, di Ibu Pejabat PBB, di sini, hari ini. Foto Ghazali Bujang

“Sebagai jentera wanita yang sentiasa aktif di lapangan, persiapan perlu mantap dan tidak boleh dibuat pada saat akhir,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB, di Ibu Pejabat PBB, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fatimah berkata, setakat 8 Julai 2026, keahlian Wanita PBB mencecah 182,773 orang daripada keseluruhan 398,000 ahli PBB.

Menurutnya lagi, aktiviti wanita di peringkat cawangan dan ranting juga terus dipergiat sepanjang masa, bukan hanya menjelang pilihan raya.

Beliau berkata, antara cabaran utama menjelang PRN-13 ialah pertambahan jumlah pengundi baharu susulan pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatik.

Katanya, pertambahan itu bukan sahaja melibatkan golongan berusia 18 tahun, malah individu berumur lebih 18 tahun yang sebelum ini layak mengundi tetapi belum pernah mendaftar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU