ARTIKEL

Wendy… Wanita PDP sokong penuh pendirian Timbalan Presiden Datuk Henry Harry Jinep untuk mempertahankan lapan kerusi pada PRN Sarawak Ke-13 yang akan datang.

Wanita PDP sokong usaha pertahan lapan kerusi PRN13

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pergerakan Wanita Parti Demokratik Progresif (PDP) menyatakan sokongan pendirian timbalan presiden parti itu, Datuk Henry Harry Jinep untuk mempertahankan lapan kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-13 (PRN13) yang akan datang.

Ketua Wanita PDP Nasional, Kaunselor Wendy Earnest Sadan berkata, jumlah kerusi yang ditandingi bukan penghalang kepada parti itu untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, sebaliknya setiap amanah dan mandat yang diberikan perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen serta tanggungjawab.

Beliau berkata PDP akan terus bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memperkukuh perpaduan dan menyokong agenda pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat.

“Jumlah kerusi bukanlah penghalang untuk PDP memberikan perkhidmatan terbaik. Bersama GPS, PDP akan terus menjadi tonggak perpaduan dan pembangunan yang kukuh di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

Wendy berkata, sokongan Wanita PDP dengan pendirian kepimpinan parti itu mencerminkan komitmen sayap berkenaan untuk terus bekerjasama dalam memastikan amanah kepada rakyat dilaksanakan sebaik mungkin.

Menurutnya, kestabilan politik, kerjasama antara parti komponen GPS dan kesinambungan pembangunan negeri merupakan antara aspek penting dalam usaha memenuhi aspirasi rakyat Sarawak.

Beliau menegaskan Wanita PDP akan terus berdiri bersama-sama kepimpinan parti dan GPS dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing, dengan kepentingan serta kesejahteraan rakyat kekal sebagai keutamaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU