Trending

Wanita pengedar dadah ditahan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PADAWAN: Seorang wanita tempatan yang menjalankan kegiatan mengedar dadah membawa padah apabila kini berdepan hukuman penjara dan sebat selepas dicekup polis sekitar jam 11 malam Jumaat lalu.

Suspek berusia 35 tahun ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Padawan di hadapan kedai makan di Jalan Liu Shan Bang, Kota Sentosa.

Mengesahkan tangkapan, Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata hasil pemeriksaan di kediaman suspek menjumpai ketulan syabu dianggarkan seberat 5.70 gram bernilai RM855.

Katanya suspek yang mempunyai rekod kesalahan lampau terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah juga positif dadah jenis syabu dan amfetamin.

“Sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun termasuk tidak kurang tiga sebatan dan tidak melebihi sembilan sebatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Aidil, suspek kini direman selama empat hari sehingga 3 Julai.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau turut menyeru masyarakat agar menyalurkan maklumat kepada pihak polis untuk bersama-sama membendung masalah penyalahgunaan dadah.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru