ARTIKEL

Wanita rugi RM37,217 terpedaya pelaburan tidak wujud

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang wanita mengalami kerugian RM37,217 setelah terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian melibatkan pelaburan yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataannya hari ini berkata, mangsa merupakan warga tempatan berusia lingkungan 30-an berminat mengikuti pelaburan jenis Forex di laman sosial Telegram.

“Mangsa telah membuat tujuh kali transaksi ke dalam lima akaun berasingan bermula 8 Mac sehingga 20 Mac lalu bertujuan memperolehi ‘point’ dan keuntungan sebanyak 100 peratus,” katanya.

Menurut Zulkipli lagi, mangsa kemudiannya diminta untuk membuat pindahan wang sebanyak RM41,4471 bagi mendapatkan wangnya semula berserta bonus iaitu sebanyak RM273,439. 

Rentetan permintaan itu, jelasnya, mangsa mulai curiga dan merasakan dirinya diperdayakan lalu membuat laporan polis.

“Mangsa tampil membuat laporan polis pada 21 Mac (Selasa) dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu,” katanya.

Sebagai langkah pencegahan, Zulkipli menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan dengan Bank Negara Malaysia bagi memastikan kesahihan pelaburan yang dibuat dan tidak mudah terpedaya sekiranya dijanjikan kadar faedah pulangan yang jauh lebih tinggi daripada pulangan yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen.

Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, katanya boleh dirujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 03-26101599 dan ikuti laman facebook @CyberCrimeAlertRMP @JsJKPDRM. 

“Buat juga semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/,” tegas beliau.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU