ARTIKEL

Wanita tempatan dipenjara 12 bulan salah guna dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang wanita tempatan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana memiliki 0.17 gram Methamphetamine dan terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Siti Nur Aishah Salim, 33, dari Kampung Sinjan mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama, kerana memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.17 gram.

Dia didakwa memiliki bahan terlarang itu dalam sebuah bilik di Batu Kawa, kira-kira jam 11.15 pagi, 3 Oktober lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Bagi kesalahan itu, Mason Jaro menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan berkuat kuasa dari tarikh tangkap 3 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta yang sama, kerana terlibat dalam pengambilan dadah terlarang jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Dia didapati positif dadah ketika ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan, sekitar jam 3 petang, 3 Oktober lalu.

Oleh itu, Siti Nur dijatuhi hukuman penjara lima bulan berkuat kuasa hari ini, atas pertuduhan kedua serta di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman.

Menurut fakta kes, sepasukan polis telah membuat satu serbuan di sebuah bilik kerana dipercayai terdapat aktiviti penyalahgunaan dadah berjaya menahan seorang wanita.

Hasil pemeriksaan, mendapati satu paket lut sinar berisi ketulan-ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu dalam beg tangan tertuduh yang diserahkan sendiri olehnya kepada pihak polis.

Siasatan lanjut tertuduh didapati positif dadah semasa ujian saringan awal air kencing selain laporan dari Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan barang kes dadah jenis Methamphetamine seberat 0.17 gram.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa iaitu ASP Rogayah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan