ARTIKEL

Wanita warga emas antara mangsa sindiket penipuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang wanita warga emas dari Daerah Sibu antara tiga individu yang menjadi mangsa kepada sindiket penipuan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, pihaknya menerima tiga laporan pada semalam membabitkan kes penipuan yang dilaporkan di Daerah Sibu, Miri dan Bintulu.

Katanya, mangsa, 60-an, bekerja sebagai penggaya rambut yang kerugian RM900,000 akibat penipuan telefon dari nombor yang tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Koo dari IPK Perak.

“Mangsa dimaklumkan bahawa akaun miliknya kononnya telah digunakan oleh individu yang tidak dikenali yang tidak dibeali bagi tujuan kes pengubahan wang haram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mancha berkata, mangsa diarahkan untuk membuka satu akaun bank yang baharu dan memindahkan kesemua wang yang dimiliki oleh mangsa ke dalam akaun tersebut untuk dipantau oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Katanya, mangsa membuka satu akaun bank di sebuah institusi kewangan temlatan dengan bayaran deposit RM2,000 dan telah memindahkan wang miliknya dengan empat kali transaksi.

Beliau berkata, mangsa menyedari dirinya telah ditipu dan hasil semakan lanjut mendapati wang dalam akaun miliknya telah dipindahkan ke tujuh akaun bank pihak ketiga dengan 55 kali transaksi pindahan wang bermula pertengahan Oktober hingga awal November.

Sementara Mancha berkata, kes di Daerah Miri dilaporkan oleh seorang wanita berusia awal tiga puluhan, peniaga yang kerugian RM444,000 akibat penipuan pelaburan.

Katanya, pada 21 Disember 2021, mangsa telah dikenali oleh dua orang rakan yang dikenali mengenai satu pelaburan dikenali sebagai pelaburan Betadia yang merupakan pelaburan mata wang Forex dan mempunyai empat pakej pelaburan.

“Pelaburan tersebut berjumlah RM3,715, RM6,530, RM12,700 dan RM24,500 yang setiap pakej dilaburkan akan mendapay keuntungan yang berbeza dalam anggaran 15 peratus sehingga 17 peratus.

“Mangsa yang berminat dengan pelaburan tersebut telah memasukkan wang sebanyak 38 kali transaksi dari tempoh pertengahan Disember 2021 hingga awal September 2022 dengan jumlah keseluruhan lebih kurang RM444,000 ke dalam 15 akaun bank yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata, mangsa sedar telah ditipu apabila tidak dapat mengakses sistem laman web pelaburan tersebut dan tidak mendapat keuntungan dari pelaburan tersebut.

Manakala, kes di Daerah Bintulu membabitkan lelaki berumur 40an yang bekerja di luar pesisir kerugian RM 350,000 akibat penipuan e-dagang.

Katanya, mangsa pada 26 Mei lalu telah melihat satu siaran iklan jualan kereta jenis Suzuki Jimny berharga RM40,000 di laman Facebook.

“Selepas itu, mangsa yang berminat telah berhubung dengan seorang ejen jualan kereta bernama Tan Fu Long melalui aplikasi Whatsapp.

“Mangsa kemudian tanpa menyemak secara lanjut telah membuat sebanyak 76 kali transaksi melalui mesin ATM kepada 17 akaun bank berbeza bermula pada awal September 2023 sehingga awal November 2023,” katanya.

Mancha berkata, mangsa sedar dirinya telah ditipu setelah mangsa gagal berhubungi suspek dan tidak menerima kereta tersebut.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim