ARTIKEL

MAUT…Seorang wanita warga emas berusia 82 tahun disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di tepi jalan di kawasan Sungai Anak, pagi Khamis.

Wanita warga emas ditemui meninggal dunia di tepi jalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Seorang wanita warga emas berusia 82 tahun disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di tepi jalan di kawasan Sungai Anak, pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, dalam kejadian sekitar jam 6.40 pagi itu, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai seorang individu yang terbaring di tepi jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum pasukan keselamatan digerakkan ke lokasi.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian, sekali gus menolak kemungkinan berlaku perbuatan khianat atau kemalangan jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Mathew berkata, bantuan kecemasan diberikan oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Saratok, namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Saratok bagi tindakan lanjut dan dokumentasi perubatan.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa mempunyai sejarah masalah kesihatan dan baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Sarikei selepas menerima rawatan akibat komplikasi asma yang serius.

“Pihak polis turut mengambil gambar, membuat lakaran kasar serta merakam keterangan saksi bagi melengkapkan siasatan awal kes.

“Bedah siasat dijadualkan dijalankan pada jam 10.30 pagi tadi bagi mengenal pasti punca sebenar kematian, manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan perubatan,” katanya.

BERITA LAIN

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi