ARTIKEL

Wanita Warga Emas Hilang Sejak Selasa Ditemui Meninggal Dunia Dalam Parit Di Kebun Pisang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas (28 Okt) ditemukan meninggal dunia pagi tadi dalam parit di kebun pisang di Kampung Teluk Kerdu, Hutan Melintang dekat Bagan Datuk.

Pemangku Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata mayat Halimah Idris, 77, yang dikatakan mempunyai masalah ingatan (nyanyuk) ditemui pasukan bomba pada 10.50 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pagi tadi.

“Pada 9 pagi operasi pencarian melibatkan pelbagai agensi dilakukan di sektor A dan B dengan mengikuti jejak terakhir mangsa dalam radius 5 kilometer ke persisir sungai menggunakan kaedah sweep search dan mengaplikasikan teknik LAST (teknik hilang dan selamat),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa kemudian dijumpai oleh pasukan SAR di sektor B iaitu di dalam parit di kebun pisang dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi.

Shazlean berkata mangsa dikeluarkan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Sebelum ini dilaporkan SAR digerakkan bagi mencari Halimah yang hilang dalam kawasan kebun sawit dan pisang di sekitar rumahnya sejak Selasa lepas.

Mangsa dipercayai kali terakhir dilihat keluarga dan penduduk kampung di sekitar kawasan berkenaan pada 4 petang. – BERNAMA 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road