ARTIKEL

Foto: Tvs

Warga Betong tidak lepaskan peluang meriahkan konsert rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Ribuan warga Betong tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan konsert rakyat yang diadakan di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan.

Ia diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Sarawak tahun 2026.

Konsert dibuka dengan persembahan nyanyian daripada Carrie Geres.

Turut ditunggu-tunggu oleh peminat ialah persembahan daripada Masterpiece Band dan Aina Abdul.

Antara yang turut membuat persembahan ialah Stanley, Chien Ng, Ramles Walter, dan Mawat.

Persembahan pada malam tersebut diiringi oleh Agura Band.

Hadir menyaksikan konsert ialah Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Seri John Sikie Tayai serta isteri,
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Gerald Rentap Jabu serta isteri dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan serta isteri.

Konsert ditutup dengan persembahan bunga api. – TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU