ARTIKEL

SAR…Operasi SAR Igoh diteruskan hari ini.

Warga emas 84 tahun masih hilang di Lubok Skrang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ENGKILILI: Seorang lelaki warga emas berusia 84 tahun masih hilang selepas keluar dari rumah panjangnya di TR Richard Tawan, Tebarong, Lubok Skrang untuk mendapatkan rawatan pada pagi Rabu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Yusuf Tamin berkata, mangsa, Igoh Sengaling, dilaporkan menaiki perahunya sendiri untuk ke klinik bagi mengambil ubat, namun tidak pulang seperti kebiasaan.

“Keluarga dan penduduk rumah panjang telah menjalankan pencarian di sekitar kawasan kediaman dan hutan berdekatan, tetapi tiada petunjuk ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, laporan polis dibuat pada malam tadi dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong segera menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi menjejaki mangsa.

Menurutnya, operasi SAR hari pertama bermula seawal jam 8.30 pagi tadi melibatkan tujuh anggota BBP Betong, tujuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 20 penduduk kampung.

“Pasukan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu dua kumpulan menyusuri darat di seberang sungai berdasarkan jejak laluan, manakala satu kumpulan menyusuri sungai bagi mengesan kemungkinan mangsa terbawa arus.

“Pencarian di sungai menumpukan pada lokasi perahu mangsa dijangka bergerak sejauh 1.5 kilometer dari pusat kawalan operasi, manakala pencarian darat dilaksanakan dalam radius satu kilometer.

“Kawasan hulu Sungai Skrang turut disusuri sejauh dua kilometer bagi memastikan tiada sebarang petunjuk terlepas pandang.

“Strategi pencarian diatur secara sistematik dan bersepadu antara semua agensi terlibat. Penduduk tempatan diminta menyalurkan sebarang maklumat baharu mengenai mangsa serta memantau kawasan berhampiran sungai,” katanya.

BERITA LAIN

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya