ARTIKEL

Warga emas antara didenda kerana main judi terup 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Gambar hiasan

KUCHING: Enam warga emas dan seorang lelaki tempatan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM700 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana terlibat dalam pertaruhan judi menggunakan daun terup.

Tertuduh yang masing-masing berusia 57 tahun hingga 73 tahun mengaku bersalah atas satu pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa di bawah Seksyen 7 (1) Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 7(2) Kanun yang sama serta dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti judi di tempat terbuka dengan permainan taruhan bernama ‘macau’.

Mereka melakukan kesalahan itu di sebuah pondok rehat Taman Lalu Lintas Kenyalang Park, Jalan Bandar 2, kira-kira jam 5.25 petang, 16 Januari lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, pada 16 Januari lalu, sekitar jam 5,25 petang, sepasukan polis dari cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuching telah membuat satu serbuan di sebuah pondok rehat lalu menahan tujuh orang lelaki yang sedang bermain judi menggunakan daun terup.

Rampasan barang turut dilakukan seperti 52 keping kad permainan, wang tunai RM139 dan sebatang bongkah kayu.

Hasil siasatan melalui laporan pakar judi mengesahkan bahawa barang rampasan seperti daun terup merupakan alat perjudian selain wang tunai yang dirampas digunakan untuk pertaruhan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU