ARTIKEL

JUMPA…Jasad mangsa dijumpai terapung di sekitar kawasan perahunya, semalam.

Warga Emas Hilang Ditemui Meninggal Dunia, Polis Klasifikasi Kes Mati Mengejut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia malam tadi selepas dilaporkan hilang sejak awal pagi semalam ketika keluar memukat di Sungai Temenggong Matang, Batu Kawa.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, mangsa berusia 61 tahun, dipercayai keluar memukat sekitar 3 pagi sebelum gagal pulang ke rumah seperti kebiasaannya.

“Laporan kehilangan mangsa diterima pada 7.39 malam daripada anaknya, selepas usaha mencari di sekitar kawasan sungai tidak berhasil.

“Siasatan awal mendapati bot milik mangsa ditemui terapung sekitar 4 petang di kawasan sungai yang sama, namun mangsa tidak dijumpai,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Mohd Irwan, jasad mangsa dijumpai sekitar 9 malam dalam jarak lebih kurang lima meter dari jaring yang dipasang oleh mangsa.

Pegawai perubatan yang berada di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut, katanya.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” tambah Mohd Irwan.

Sementara itu, Komander Operasi Bomba PB Hanum Bungang berkata, sekitar 8.53 malam, seorang penduduk kampung yang sedang memancing menemui tubuh mangsa tidak jauh dari botnya.

Mayat mangsa kemudian dibawa oleh orang kampung ke jeti dan diserahkan kepada pihak polis, katanya.

Seramai tiga anggota bomba, tiga anggota polis serta tiga anggota APM terlibat dalam operasi terbabit, dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda digunakan bagi urusan di lokasi kejadian, malam tadi.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU