ARTIKEL

Warga emas hilang ditemukan selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang semalam dekat Kampung Emperoh Jambu di sini ditemukan selamat, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Jujoh Jimor, 71, ditemukan sekitar 6.50 pagi setelah keluar sendiri dari kawasan hutan.

“Jarak mangsa dianggarkan hanya 50 meter dari belakang rumah.

Pihak bomba membawa mangsa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan pemeriksaan,” katanya.

Terdahulu mangsa sebelum ini dilaporkan hilang oleh anaknya yang dikatakan selalu ke sungai sekitar 12 tengah hari hingga 5 petang, lebih kurang 150 meter dari rumah mangsa.

Anaknya melaporkan kehilangan mangsa setelah menyedari beliau tidak balik ke rumah sekitar 10 malam.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU