ARTIKEL

Warga emas masih hilang, operasi SAR masuk hari keenam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang sejak 3 Januari lalu di Rumah Baie, Merio Tambak, Engkelili masih belum ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari keenam, hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mangsa dikenali sebagai Chin Shin Fah, 60, dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari ruai rumah panjang berkenaan sekitar jam 11.30 malam.

“Kehilangan itu berlaku ketika mangsa menghadiri upacara sembahyang bersama ahli keluarganya.

“Namun, mangsa tidak kembali ke rumah panjang dan usaha pencarian awal oleh ahli keluarga serta penduduk setempat gagal menemukan sebarang petunjuk,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh anak mangsa pada 4 Januari, pencarian awal telah dijalankan di sekitar kawasan rumah panjang sejurus kehilangan disedari, namun mangsa masih belum ditemui.

Mangsa dilaporkan berpakaian baju berlengan panjang berwarna keperakan dan seluar pendek berwarna kehitaman ketika kejadian.

“Bagi operasi SAR hari keenam, pasukan digerakkan ke beberapa sektor pencarian, termasuk kawasan jalan menuju ke Merindun dalam jarak sehingga tiga kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), dengan radius pencarian antara 500 meter hingga satu kilometer.

“Pasukan SAR kembali ke PKOB pada jam 12 tengah hari untuk berehat sebelum operasi disambung pada sebelah petang.

“Namun, sehingga laporan ini dikeluarkan, mangsa masih belum ditemui,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU