ARTIKEL

Kredit: JBPM Selangor

Warga emas maut dalam kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas maut manakala suaminya mengalami sesak nafas dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah di USJ4, Selangor awal pagi ini. 

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Subang Shamsul Abidin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.15 pagi berhubung kebakaran melibatkan rumah jenis teres yang terbakar sekitar 60 peratus serta sebuah kenderaan. 

Beliau berkata sebanyak lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang serta Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasangan suami isteri terlibat merupakan warga tempatan dan berusia lingkungan 70-an.

“Wanita itu berjaya dibawa keluar oleh bomba namun disahkan meninggal dunia oleh kakitangan kesihatan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Shamsul berkata api dapat dikawal sekitar 1.40 pagi. 

-Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Dul Jaelani sertai ITOK FEST

TEKA-TEKI mengenal artis Indonesia yang bakal menyertai barisan penghibur ITOK FEST akhirnya terjawab apabila penyanyi dan pemuzik Abdul Qodir Jaelani, yang lebih dikenali sebagai Dul

Pencapaian penulis PUTERA

DALAM konteks perkembangan sastera di Sarawak, Hadiah Sastera Sarawak (HSS) memainkan peranan penting sebagai wadah pengiktirafan terhadap ketekunan, kreativiti dan sumbangan para penulis tempatan. Sebelum