Trending

Warga emas maut kemalangan di Jalan Bintulu-Sibu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: Seorang lelaki warga emas maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Hilux dan Perodua Kenari di Jalan Bintulu-Sibu, pagi tadi.

Mangsa, Hu Seih Hing, 65, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.09 pagi.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Hilux dan Perodua Kenari.

“Manakala terdapat seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan pacuan empat roda berkenaan,” ujarnya.

Susulan itu katanya, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan rescue tool manakala seorang lagi mangsa(pemandu Perodua Kenari) telah dibawa orang awam ke hospital menggunakan kenderaan sendiri.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Jalan Bintulu – Sibu(seberang Akademi Memandu Budiman).

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru